Tapak Gunung Reng ini asalnya
sebuah Kampung bernama Kampung Tala yang dibuka oleh Tok Tadoh keturunan Pulang
Hari dari Jawa kira-kira 1,400 tahun dahulu. Kononnya, Ketua Kampung Tala telah
mengadakan kenduri besar-besaran tujuh hari tujuh malam, cukup dengan berbagai
jenis permainan. Setelah sampai hari ketujuh semua jenis permainan telah
dilangsungkan. Untuk upacara penutup, mereka telah bermesyuarat dan bersetuju
untuk menyediakan pertandingan memperlaga anjing dan kucing di atas bumbung
rumah.
Pada waktu Zohor kedua-dua
binatang ini dilagakan di atas bumbung rumah, semasa binatang itu sedang
berlaga, berlaku ribut dan taufan berserta hujan yang sangat lebat. Dalam
keadaan ribut taufan, seorang perempuan tua bersama dengan seorang cucunya
berlari ke kampung yang berhampiran bernama Kampung Gantung untuk mengangkut
padi yang dijemur. Setelah selesai memunggah padi yang dijemur, ribut taufan
berserta hujan pun berhenti.
Perempuan tua tersebut pergi
semula ke Kampung Tala, alangkah terperanjatnya apabila perempuan itu melihat
Kampung tala telah ditutup oleh sebuah gunung yang besar dengan melenyapkan
Kampung Tala sama sekali. Gunung yang menutupi Kampung Tala itu dikatakan
asalnya terletak di hulu Sungai Reng, kira-kira tiga hari dua malam perjalanan
iaitu di sempadan Kelantan/Perak.
Tempat asal gunung ini telah
menjadi kolam. Daripada nama sungai ini maka gunung ini dinamakan Gunung Reng. Gunung
Reng mempunyai gua-gua yang bercorak bilik-bilik seperti Gua Bedak, Gua Payong,
Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Batak. Melalui pintu besar Gunung Reng ini ialah
Gua Payong, boleh masuk melalui lorong dalam gua ke bilik-bilik serta ke anjung
sehingga ke puncak Gunung Reng.
...............................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
Kolam Air Panas Jeli
Pengenalan
Kolam Air Panas,Jeli ini terbit
dari satu mata air panas dari sungai air sejuk. Pihak kerajaan telah membina
beberapa buah kolam untuk menakung air panas yang dari mata air panas ini.
Adalah dipercayai bahawa Kolam Air Panas ini mempunyai khasiat belerang yang
dapat menyembuhkan penyakit kulit. Terdapat beberapa kemudahan yang telah
disediakan oleh Pihak Berkuasa di tempat ini seperti tandas awam, wakaf rehat
dan tempat mandi.
Kolam Air Panas Jeli terletak
kira-kira 15 km dari bandar Jeli di Lebuhraya Timur Barat. Dari arah Jeli,
pintu masuk ke tarikan adalah ditanda dengan satu pintu gerbang di sebelah
kanan. Jarak antara pintu gerbang dengan tarikan adalah kira-kira 500 m.
Pengangkutan Awam
Tiada perkhidmatan bas awam yang
beroperasi ke Kolam Air Panas Jeli. Walau bagaimanapun, teksi mudah diperolehi
di Bandar Jeli dengan harga tambang RM 8 sehala.
Tarikan
Merupakan satu-satunya kolam air
panas di Jeli. Purata suhunya mencecah hampir 50°C. Menempatkan dua buah kolam
dengan airnya dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kulit kerana
kawasan ini mempunyai sifat-sifat galian yang baik. Persekitaran semasa tarikan
ini terbiar dan kemudahan-kemudahan yang terdapat mengalami kerosakan teruk dan
tidak lagi menjadi tarikan kepada pelancong.
.......................................................................................................................................
Air Terjun Lata Janggut
Jajahan Jeli terkenal dengan alam semulajadi yang tidak
tercemar dengan arus pembangunan. Keindahan alam semulajadi yang terdiri dari
flora dan fauna ini telah menarik pelancong tempatan dan antarabangsa untuk
menikmati alam semulajadi yang lebih dikenali sebagai Eco Tourism. Air Terjun
Lata Janggut,Jeli mempunyai tiga tingkat air terjun dengan kemudahan tempat
mandi yang selamat. Lain-lain kemudahan yang terdapat di sini ialah tandas
awam, wakaf, surau, Jungle Tracking, tempat perkhemahan dan tempat letak
kereta.
........................................................................................................................................
Taman Santuari Tasik Pergau
Tarikan
Tasik Pergau merupakan tasik buatan manusia
bagi projek janakuasa hidroelektrik. Dengan pemandangan tasik dan landskap
pergunungan yang indah, pihak KESEDAR mengambil inisiatif untuk membangunkannya
dengan pembangunan eko pelancongan.
Pakej-pakej menarik telah ditawarkan seperti
memancing, berkayak, penganjuran kursus-kursus dan aktiviti rekreasi yang lain.
Pelbagai kemudahan telah ditempatkan untuk memberi keselesaan dan kepuasan
kepada pelancong. Telah banyak menerima kedatangan pelancong dari luar dan
dalam negeri.
No comments:
Post a Comment